begitu cepat masa berlalu..ramdhan akan berlabuh tirai dan syawal akan menjelma.. aku rasa sedih sangat sebab aku akan berpisah dengan bulan ramdhan nie. sebab kalo boleh aku nak bulan ramdhan datang setiap bulan.
YA ALLAH.. ramdhan kali ini begitu bermakna buat aku selain tahun-tahun yang lepas. sebab ramdhan kali nie datang selepas aku dan ex aku berpisah. pintu hati ku telah terbuka untuk menerima hidayah-Mu. aku bersyukur sangat-sangat.
ramadhan kali nie aku gunakan sebaik yang mungkin sebab aku takut aku tidak akan berjumpa lagi dengan bulan yang sungguh mulia ini.. kalau boleh aku tak nak berpisah dengan dia..tapi apakan daya aku terpaksa juga berpisah dengan dia untuk beri laluan pada bulan syawal pula. aku harap apa yang aku hajatkan akan termakbul..aku yakin dengan kuasa dan kejaiban ALLAH S.W.T. lambat atau cepat doa aku akan termakbul juga. aku harap sangat orang yang aku sayang akan segera bertaubat dan menerima hidayah.
bulan ramdhan kali ini telah mengajar aku erti kehidupan sebenar dan agama islam.. selama nie aku telah lalai dan sambil lewa dalam melakukan tanggungjawab sebagai umat islam. tapi.. ramadhan kali nie telah mengubah aku menjadi seorang manusia yang berguna. aku bersyukur sangat atas ke hadrat ilahi.
ALLAH S.W.T. telah membuka hatiku sebelum datangnya bulan mulia ini.. aku bersyukur sebab aku dan ex aku berpisah sebelum datangnya bulan ramdhan. sebab selepas aku berpisah dengan dia.. segalanya telah berubah.. pada ramdhan kali nie aku gunaan sebaik yang mungkin. aku tak kan lepaskan peluang walau sekali pun.. sebab aku yakin dengan kuasa ALLAH.
apa yang aku harapkan adalah aku nak kawan-kawan aku yang di luar sana yang masih terpesong..aku harap sangat mereka semua dapat berubah dan kembali ke pangkal jalan..
hati aku tak kan tenang selagi orang yang aku sayang belum berubah.. selagi dia masih berubah selagi tu lah hati aku tak kan tenang dan tenteram... aku cuma mahu lihat dia bahagia..tapi aku tak nak tengok dia bahagia dalam keadaan macam nie.. sebab aku tahu satu hari nanti dia akan bersedih kalau terpaksa dengan kekasih hati dia.. sebab tidak mendapat restu dan dimurkai ALLLAH. aku cuma dapat berdoa agar dia berubah menjadi yang terbaik..
dia adalah kawan baik aku.. dulu..dia selalu ada dengan aku bila senang dan susah.. dialah penguat semangat aku..tanpa dia..aku akan hilang semangat..tapi kini..penguat semangat aku itu sudah tiada.. aku perlu mencari penguat semangat yang baru dan lupakan dia..
No comments:
Post a Comment