Saturday 11 August 2012

SAYANG


begitu sukar untuk katakan yang aku benci kau...
begitu sukar untuk aku lafazkan rasa benci ini...
sesungguhnya perasaan sayang dan cinta ku masih terpahat di hati aku ini..
aku ingin bersama mu disaat ini...

sayang
aku sungguh mencintai mu..
walaupun aku tahu betapa dosanya aku dulu
aku ingin melupakan mu 
tapi...
setiap kali aku ingin melupakan mu
hati aku sungguh sakit
aku tidak ingin membenci mu, 
kerana, aku amat sayang kepadamu

sayang
andai kau tahu aku amat menyayangi diri mu
aku ingin berada di sisi mu setiap masa
aku ingin berada dengan mu di saat kau kesunyian
ku ingin menjadi orang yang terpenting dalam hidup mu

sayang
adakah kau masih sayang kepada ku
adakah kau masih simpan perasaan cinta kau terhadap ku lagi
andai kau tahu tiada sedikit pun perasaan benci ku terhadap mu
kerana aku tidak mahu membenci mu

sayang
aku ingin mengatakan kepadamu 
pada saat ini aku amat merindui mu
tetapi...
kau telah bahagia bersama dengan si dia
kau bahagia membuat diriku menderita
kau gelak tawa bersama dengan si dia 
di saat aku kesedihan
kau begitu kejam sayang
tp...
hati ini sentiasa ingin memaafkan mu sayang

sayang
hanya doa kebahagian yang dapat ku kirimkan kepada mu
ku ingin melihat kau bahagia di samping orang yang kau sayang
kau carilah aku di saat kau kesedihan atau kecewa
kerana..aku sentiasa ada untuk mu sayang


andai satu hari nanti aku telah pergi buat selama-lamanya..aku ingin mengatakan yang aku sentiasa sayang dan cinta kau sepenuh hati aku...walaupun kau kata pada diri ku yang kau benci aku..tapi tiada sedikit pun hati aku ini benci pada kau..
aku sentiasa sayang pada kau...janganlah kau tangisi dengan pemergian ku ini...simpan lah airmata mu untuk orang yang kau sayang...biarkan aku pergi dengan tenang...!!!

SESUNGGUHNYA AKU AMAT CINTA PADA MU...

I MISS YOU SO MUCH...!!!

No comments:

Post a Comment